NADI Kesejahteraan Kendiri-Live Webinar-Reset Hidup Sihat; Dari Pemakanan ke berat badan ideal

15 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April 2026, bermula pukul 10.30 pagi, tiga orang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti kelas NADI Kesejahteraan Kendiri iaitu Live Webinar bertajuk Reset Hidup Sihat; Dari Pemakanan ke berat badan ideal.

Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menjaga kesejahteraan kendiri melalui amalan gaya hidup sihat. Peserta didedahkan dengan panduan asas pemakanan yang seimbang, cara mengawal pengambilan makanan harian serta langkah praktikal untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang ideal. Webinar ini turut berkongsi tips membina rutin hidup yang lebih sihat seperti pengurusan pemakanan, aktiviti fizikal yang sesuai, dan kepentingan menjaga kesihatan mental serta fizikal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali